Pra-Musim: Sri Pahang Tewaskan Albirex Niigata Dalam Aksi 36 Minit
Persahabatan
Sri Pahang
Advertisements

Pasukan Liga Super Malaysia iaitu Sri Pahang memilih bumi Singapura sebagai destinasi pra-musim pasukan menjelang musim baharu yang bakal bermula pada Mei kelak.

Skuad kendalian Fandi Ahmad turun beraksi menentang pasukan yang beraksi di Liga Singapura, Albirex Niigata hari ini. Perlawanan persahabatan itu telah berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Bagaimanapun aksi tersebut tidak dapat diteruskan hingga ke minit 90 permainan ekoran faktor cuaca.

Advertisements

Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Sri Pahang menjelaskan pertemuan itu tidak dapat diteruskan kerana hujan lebat dan kilat yang berlaku di Stadium Jalan Besar.

Biarpun perlawanan sudah pun bermula, aksi tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-35 permainan. Sri Pahang ketika itu sudahpun mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.

Jaringan tunggal perlawanan tersebut telah dijaringkan oleh import baru dari Serbia, Aleksandar Cvetkovic. Pemain pertahanan itu telah diberi kepercayaan oleh pengendali pasukan, Fandi Ahmad untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Difahamkan, Sri Pahang akan meneruskan baki beberapa siri perlawanan persahabatan di Singapura untuk melengkapkan aksi pra-musim pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram