Pra-Musim: Terengganu II Cipta Kejutan Belasah Penang
Persahabatan
Penang FC
Advertisements

Skuad Terengganu II pamer aksi mengagumkan apabila mengejutkan Penang dalam kejohanan pra-musim 4 penjuru Agarbomb Performance Cup.

Pasukan kendalian Hairuddin Omar dibarisi pemain muda serta pemain baru seperti Khalaif Naskam dan Nnabuike Chijioke. Penang pula meletakkan penyerang muda, Alif Ikmalrizal dibahagian serangan pasukan dan memberikan lilitan kapten kepada pemain pinjaman, Syamer Kutty Abba.

Khalaif Naskam membuka tirai jaringan pada minit ke-41 untuk meletakkan Terengganu II dihadapan.

Advertisements

4 minit kemudian, giliran Ahmad Azraf membolosi gawang gol Penang yang dijaga oleh Haziq Mukriz. Aksi babak pertama menyaksikan Terengganu II mendahului Penang 2-0.

Bersambung babak kedua, Penang cuba menggandakan asakan untuk mendapatkan gol pertama perlawanan.

Syamer Kutty Abba menjadikan kedudukan 2-1 apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-51 permainan.

Advertisements

Terengganu kemudian berjaya menjaringkan 2 gol berturut-turut apabila Chukwu Nnaibuke menjaringkan gol pada minit ke-58 manakala gol Daniel Syafik pula pada minit ke-60.

Penang mendapat gol kedua pada minit ke-62 menerusi jaringan Nabil Latpi sekaligus menghangatkan lagi suasana di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin.

Perlawanan tamat dengan Terengganu II berjaya menewaskan Penang 4-2 untuk aksi kedua saingan pra-musim.

Advertisements

Anak buah Hairuddin Omar kini mencatatkan 1 kemenangan dan 1 kekalahan manakala Penang sudah kalah 2 perlawanan berturut-turut dalam kejohanan 4 penjuru ini.

Terengganu II kelak akan bertemu ‘abang’ sendiri, Terengganu dalam aksi terakhir kejohanan Agarbomb Performance Cup manakala Penang akan bertemu Kedah Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram