Pra-Musim: Terengganu Tundukkan Sri Pahang, Kekal Rekod Tanpa Kalah
Persahabatan
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi pra-musim apabila menewaskan cabaran Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Terengganu menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Sri Pahang seperti Shahrul Nizam, Marin Pilj, Manuel Ott, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade.

Sri Pahang pula mempertaruhkan pemain baru seperti T. Saravanan bersama-sama pemain sediakala seperti Azam Azih, Sergio Aguero, Syazwan Andik, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama dihiasi dengan beberapa gerakan berbahaya yang dilancarkan pasukan Sang Penyu terhadap kubu pertahanan Sri Pahang.

Gandingan Safawi dan Akhyar dibahagian sayap pasukan berjaya mengucar-kacirkan blok pertahanan Tok Gajah namun tiada gol yang dapat dijelmakan dalam aksi separuh masa pertama.

Advertisements

Kedudukan 0-0 kekal hingga tamat wisel separuh masa pertama dan memasuki babak kedua, beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh kedua-dua belah pasukan dalam memberi nafas baru kepada corak permainan pasukan.

Penantian gol Terengganu berakhir apabila Nurillo Tukhtasinov berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberikan kemenangan mutlak kepada Terengganu.

Advertisements

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik Terengganu ke atas Sri Pahang menerusi jaringan tipis 1-0.

Sebelum ini Sri Pahang berjaya menewaskan Kelantan Darul Naim dengan jaringan tipis 1-0 manakala Terengganu telah menjuarai Agarbomb Performance Cup setelah mencatat kemenangan ke atas Penang dan dua kali seri menentang Kedah dan Terengganu II.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram