Advertisement
Pratama Arhan Berkelana Ke Thailand
Transfer
MakanBola
True Bangkok United

Bek kiri Indonesia, Pratama Arhan memilih berkelana ke Thailand selepas meninggalkan kelab Korea Selatan, Suwon FC.

Arhan menyertai kelab Thai League 1, Bangkok United. Perpindahan pemain berusia 23 tahun itu diumumkan di platform media sosial rasmi mereka.

“True Bangkok United sudah mencapai persetujuan untuk mendapatkan Pratama Arhan, bek kiri muda berusia 23 tahun yang berasal dari Indonesia,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Perpindahan pertama ini bakal memantapkan pasukan sebagai persiapan menjelang pusingan kedua liga musim 2024/25.”

Arhan menjadi pemain pertama yang direkrut Bangkok Angels dalam tetingkap kedua perpindahan Thai League 1 musim 2024/25.

Bekas bek kiri Tokyo Verdy itu bakal bersaing dengan Peerapat Notchaiya, Wanchai Jarunongkran dan Surachai Booncharee untuk slot posisi berkenaan.

Arhan berharap perpindahan ini dapat membantunya mendapatkan minit permainan yang kerap selepas kurang beraksi semasa bersama Verdy dan Suwon.

Kudrat pemain pertahanan Indonesia itu bukan saja ditagih Bangkok United dalam saingan domestik. Malah, ini memberi senjata tambahan buat pengendali mereka, Tochtawan Sripan.

Ini kerana Bangkok United bakal berentap dengan kelab A-League, Sydney FC untuk aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Kedua-dua pasukan bakal berentap pada 12 dan 19 Februari ini.