Presiden Kelantan Darul Naim FC, Rozi Muhamad bersedia untuk melakukan beberapa perubahan dengan segera bagi memperbaiki prestasi pasukan.
Terdahulu Kelantan DN terpaksa akur tewas 1-3 kepada Perak digelanggang sendiri sekaligus merekodkan kekalahan kelima dalam 6 perlawanan Liga Super.
Malah Kelantan DN bergelut untuk menjaringkan gol apabila mencatat 4 gol dalam 6 perlawanan selain tersingkir awal dalam saingan Piala FA ditangan JDT.
Prestasi semasa pasukan itu mula menjadi kerisauan buat pihak pengurusan Kelantan DN selain turut mendengar keluhan penyokong setia yang menuntut perubahan segera untuk memperbaiki prestasi pasukan.
Presiden Kelantan DN bakal melakukan beberapa perubahan sementara menanti jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka pada bulan September kelak.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sebagai usaha yang terpaksa dilakukan, saya berjanji akan mengubah beberapa perkara sebelum perlawanan seterusnya Liga Super pada Ogos ini dan juga perubahan besar pada jendela perpindahan kedua dibuka bulan september nanti.
“Ada baki tiga perlawanan akan berlangsung sebelum perpindahan kedua dibuka. Mulai sekarang saya telah ada beberapa langkah awal yang akan dilakukan bila tiba masanya demi nama kelab serta negeri.” ujar Rozi Muhamad selaku Presiden Kelantan DN.
Skuad Kijang Emas kini berada di tangga ke-12 Liga Super setelah mengharungi 6 perlawanan dan seterusnya Kelantan DN bakal menentang Penang, Selangor dan Kuching City bagi aksi pada bulan Ogos kelak.