Prestasi Cemerlang Zhafri Yahya Mula Curi Perhatian Ramai
Liga Super
MakanBola
Advertisements

Prestasi cemerlang Zhafri Yahya bersama KL City sejak kebelakangan ini mula mencuri perhatian ramai. Terkini, Zhafri berjaya mencetak 1 gol menerusi rembatan kencang buat pasukannya sewaktu menentang Kelantan FC.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya menjaringkan 2 gol serta 2 bantuan jaringan dalam 5 perlawanan terakhir bersama KL City.

Advertisements

2 bantuan jaringan berlaku sewaktu menentang JDT dan Negeri Sembilan (home) manakala 2 jaringan sewaktu menentang Negeri Sembilan (away) dan Kelantan tempoh hari.

Zhafri Yahya yang dominan diposisi tengah turut mampu beraksi di bahagian sayap kanan KL City bagi musim ini.

Advertisements

Zhafri Yahya sudah melakukan 17 penampilan bersama KL City bagi musim ini dan telah merekodkan 2 jaringan serta 4 bantuan gol setakat ini.

Namun prestasi Zhafri Yahya pada bulan Julai ini mula meraih perhatian apabila beliau telah terlibat dalam situasi menjaringkal gol buat pasukan KL City dalam 5 perlawanan terakhir.

Advertisements

Dengan kehadiran ketua jurulatih baharu iaitu Nenad Bacina, aksi cemerlang Zhafri pastinya memberikan lebih banyak pilihan buat Nenad Bacina dalam memilih kesebelasan utama pasukan berdasarkan prestasi semasa pemain.

Malah, aksi cemerlang Zhafri juga membuka peluang cerah buat dirinya untuk kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan Malaysia menjelang perlawanan persahabatan pada bulan September kelak.

Advertisements

Zhafri Yahya pernah menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya sewaktu saingan Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura tahun lalu dibawah kendalian ketua jurulatih Kim Pan-gon.

News Comments Account