ACL
The AFC
Advertisements

Aksi memukau JDT dalam aksi AFC Champions League musim 2022 ini telah banyak membantu Malaysia untuk memecut meninggalkan beberapa lagi pencabar lain yang sebelum ini dilihat sukar untuk dikejar.

Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan AFC Champions League, pasukan JDT telah berjaya mengumpulkan 16 mata termasuk 3 mata bonus layak ke pusingan kalah mati. Untuk pengetahuan semua juga, jumlah mata yang diperolehi ini juga adalah jumlah paling banyak dikutip oleh sesebuah MA untuk aksi bola sepak kelab Asia setakat ini.

Jika mengambil kira mata yang diperolehi oleh pasukan Kuala Lumpur City, Malaysia kini memiliki 16.26 mata dan berada dikedudukan ke-4 Asia Timur dibelakang Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong!

Advertisements

Malaysia Berada Dalam Kalangan Top 10 Asia MA Ranking.

Memetik kedudukan MA Ranking yang dikeluarkan oleh FootyRankings, dengan jumlah mata ketika ini Malaysia berada dikedudukan ke-10 Asia. Sila rujuk gambar dibawah untuk gambaran yang lebih jelas.

MA Ranking Malaysia Prestasi Memukau JDT Dalam ACL Pacu Kedudukan MA Ranking Malaysia Nombor 4 Asia Timur
Kedudukan MA Ranking Asia.
Kedudukan MA Ranking Asia Timur

Pada kedudukan semasa, Malaysia akan menerima slot 2+2 dalam edisi AFC Champions League musim 2024 & 2025, dimana 2 pasukan layak ke peringkat kumpulan dan 2 lagi akan layak ke pusingan play-off.

Ini bakal menjadikan pemburuan kedudukan tertinggi siangan Liga Super menjadi lebih menarik untuk memburu slot automatik atau play-off AFC Champions League musim 2024 & 2025.

Advertisements

Namun, kita sebenarnya perlu lebih berhati-hati dan pasukan yang layak nanti memiliki tugas berat untuk memastikan Malaysia tidak jatuh terbenam jika mempamerkan aksi longlai berdepan lawan diperingkat Asia.

Kita tidak hanya mengharapkan JDT untuk ‘mengheret’ semuanya, tetapi semua pihak perlu memainkan peranan dan lebih serius dalam perkara ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram