Prestasi Semasa Njardvik Membimbangkan
Eropah
jggsport
Advertisements

Prestasi semasa kelab Liga Iceland, FC Njardvik cetus keresahan para penyokongnya setelah mempamerkan prestasi yang cukup lemah setelah mengharungi beberapa perlawanan saingan Liga Iceland musim ini.

Kelab yang diwakili oleh pemain muda negara, Luqman hakim Shamsudin itu bermula dengan cukup baik apabila merekodkan dua mata sepanjang dua aksi namun kelihatan semakin sukar mendapatkan rentak.

Kekalahan terbaru berdepan IF Vestri dengan keputusan 2-0 menyaksikan mereka kini menghuni tangga ke-8 Liga Iceland selepas 5 perlawanan berlangsung.

Advertisements

Njardvik juga hanya mampu merakamkan satu sahaja kemenangan berdepan Thróttur 3-1 namun tidak cukup untuk mengubati luka dengan prestasi yang cukup meragukan musim ini.

Luqman Hakim juga masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan sepasukan yang baharu apabila melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk.

Anak jati kelahiran Kota Bharu itu sudah pun beraksi dalam beberapa perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan dan terus bersaing di pentas tertinggi bola sepak Eropah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram