Kali terakhir pasukan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia dalam aksi perlawanan kompetitif (tidak termasuk perlawanan persahabatan) adalah pada 29 December 2010 di perlawanan akhir pusingan 2 Piala AFF 2010.
Tahun tersebut juga Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF dengan kemenangan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno dan ia menjadi titik tolak kebangkitan bola sepak Malaysia berbanding Indonesia.
Namun selepas sedekad berlalu, pasukan bola sepak Indonesia mula berevolusi dengan wajah baru dan program bola sepak yang mengfokuskan kepada pembangunan pemain muda yang diketuai oleh ketua jurulatih dari Korea, Shin Tae-yong.
Ketika pasukan lain membawa barisan terbaik ke UAE untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia, Shin Tae-yong sebaliknya membawa pemain muda yang berani berhadapan pemain berpengalaman Malaysia dan Vietnam.
Walaupun mereka tewas konsisten di UAE, namun mereka kini semakin matang dan mula menunjukkan kebolehan sebenar dengan aksi permainan taktikal yang baik dan bersesuaian dengan kekuatan pihak lawan.
Indonesia berjaya menewaskan Kemboja dan Laos dengan jaringan besar sebelum mengikat Vietnam 0-0 sekaligus mengungguli carta kumpulan B.
Keputusan seri berhadapan Malaysia malam ini sudah memadai buat anak didik Shin Tae-yong mara ke separuh akhir berbeza dengan pasukan Malaysia yang memerlukan kemenangan untuk layak dengan selamat ke separuh akhir.
Taktikal & Kesebelasan Utama Indonesia
Pasukan Indonesia tidak gemar memegang bola terlalu lama sebaliknya mereka lebih suka menunggu lawan melakukan kesilapan dan seterusnya cuba untuk melakukan serangan balas yang berbahaya dan hasilnya mereka berjaya menewaskan Kemboja dan Laos dengan jaringan besar menggunakan taktikal yang sama.
Selain itu Indonesia juga bermain secara berpasukan dengan gerakan serangan balas yang tersusun namun mereka mempunyai kelemahan jika pasukan lawan berjaya membuat serangan balas yang sama.
Taktikal & Kesebelasan Utama Malaysia
Pasukan Malaysia pula bermain bola sepak biasa namun sedikit tempang dengan ketiadaan beberapa tonggak disebabkan kecederaan ditambah pula dengan faktor Covid-19 yang menyerang beberapa pemain utama.
Namun kehadiran Dion Cools dan kembalinya Akhyar Rashid dan Faisal Halim ke kem latihan akan menjadi booster buat pasukan negara bangkit dari episod malang tewas memalukan kepada Vietnam sebelum ini.
Siaran Langsung
Perlawanan terakhir kumpulan B ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena, Sukan RTM dan TV Okey.