“Protes Politik Punca Sesetengah Pasukan Merosot” – Arsene Wenger
Piala Dunia
MakanBola
SPORTbible
Advertisements

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyelar sesetengah pasukan yang terlampau fokus dengan protes politik di Piala Dunia 2022. Beliau yang juga ketua pembangunan bola sepak global FIFA berpandangan disebabkan hal sebegitu, ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasi mereka di atas padang.

Dalam satu sidang media selepas tamat semua perlawanan kumpulan semalam, bekas pengurus Nagoya Grampus itu berkata, “Anda tahu bila anda pergi ke Piala Dunia, anda tahu anda tak boleh kalah dalam perlawanan pertama. Pasukan-pasukan yang mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan ini seperti England dan Perancis bermain baik dalam perlawanan pertama. Mereka bersedia dari segi mental dan fokus sepenuhnya kepada pertandingan dan bukan demonstrasi politik.”

Advertisements

Walaupun tidak menyatakan pasukan mana, ramai percaya komen tersebut ditujukan kepada pasukan Jerman. Ini berikutan dalam perlawanan pertama Kumpulan E mereka menentang Jepun, para pemain memilih menutup mulut mereka dengan tangan semasa bergambar sebagai tanda protes terhadap FIFA.

Advertisements
Jerman Piala Dunia 2022 CBS Sports Golazo "Protes Politik Punca Sesetengah Pasukan Merosot" - Arsene Wenger
Jerman dengan protes tutup mulut sebelum perlawanan menentang Jepun. Gambar: CBS Sports Golazo

Die Mannschaft kemudiannya kalah mengejut 2-1 di tangan Samurai Biru hasil jaringan Ritsu Doan dan Takuma Asano. Jerman yang juga juara dunia empat kali telah tersingkir dari kejohanan selepas Samurai Biru layak sebagai naib juara selepas mengejutkan Sepanyol 2-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.

Susulan kegagalan mereka layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022, satu inkues sedang dijalankan bagi mengetahui punca kegagalan mereka. Dan satu laporan menyatakan protes tutup mulut atas padang itu sebenarnya ditentang oleh majoriti pemain Die Mannschaft. Hanya Manuel Neuer dan Leon Goretzka yang menyokong idea protes tersebut.

Advertisements

Hal sama turut menyumbang kepada kegagalan kempen Denmark dalam Kumpulan D. Sebelum Piala Dunia, Denmark sememangnya lantang terhadap pelbagai isu yang membelenggu tuan rumah Qatar termasuk isu pekerja asing. Malah, sebagai tanda solidariti mereka, Danish Dynamite memakai jersi merah pudar yang tidak memaparkan pembuat jersi Hummel dan logo Persatuan Bola Sepak Denmark. Tidak mustahil hal ini turut mempengaruhi prestasi buruk Denmark di Qatar.

News Comments Account