PSM Makassar Buru Penjaring Terbanyak Liga Vietnam
Transfer
Nam Dinh FC
Advertisements

Lawan Sabah FC dalam saingan Piala AFC, PSM Makassar kini memburu penyerang import baru bagi menyelesaikan masalah barisan serangan yang tumpul.

Keputusan ini terpaksa dibuat selepas Juku Eja bergelut menjaringkan gol dalam saingan Liga 1 Indonesia dan Piala AFC.

Daripada 17 perlawanan yang diharungi dalam semua kejohanan, PSM Makassar hanya menang lima kali, tiga seri dan sembilan kekalahan.

Advertisements

Justeru, tidak hairanlah portal Fajar melaporkan jurulatih pasukan, Bernardo Tavares mensasarkan penjaring terbanyak V. League 1 musim lepas, Rafaelson.

Rafaelson merupakan penjaring terbanyak kelab lamanya, Binh Dinh musim lepas dengan 17 gol.

Begitupun, Juku Eja bakal berdepan masalah kerana penyerang Brazil itu baru menyertai satu lagi kelab V. League 1, Nam Dinh pada bulan lepas.

Advertisements

Selain itu, Tavares juga perlu memilih siapa awang import yang mahu dilepaskan untuk tetingkap perpindahan kedua liga nanti.

Ketika ini, dua penyerang import membarisi bahagian serangan PSM Makassar iaitu Adilson Silva dan Everton Nascimento.

Dengan masalah kewangan masih membelenggu Juku Eja, Tavares perlu membuat pilihan tepat sekiranya mahu menyelamatkan pasukan itu daripada diheret ke kancah penyingkiran liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram