Punca Ramon Marcote Tinggalkan Selangor Akhirnya Terjawab
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selepas beberapa lama, penyokong Selangor FC mengetahui sebab penolong jurulatih, Ramon Marcote tidak lagi bersama pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon memaklumkan Marcote meninggalkan pasukan pada penghujung musim lalu kerana kontraknya tidak disambung.

Ini sekaligus meninggalkan Nidzam Jamil sebagai pembantu jurulatih kepada pengendali Selangor ketika itu, Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Selepas Cheng Hoe kemudiannya menyertai Police Tero, Nidzam dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih Merah Kuning pada musim ini.

Ini menyebabkan jawatan penolong jurulatih Selangor kosong ketika ini. Atas sebab itu, Nidzam kini sedang mengenalpasti beberapa individu bagi mengisi peranan berkenaan.

Advertisements

“Alhamdulillah, Coach Nidzam (Jamil) dan pasukannya sedang giat mencari penolong jurulatih untuk pasukan Selangor. Insya Allah, kita akan bawa dua, tiga pegawai baru.

“Sudah tentu kita memberi mandat dan tanggungjawab yang besar kepada Coach Nidzam untuk memilih barisan jurulatihnya sendiri. Tahun ini tahun yang besar jadi beliau mahu sokongan yang bagus daripada jurulatih-jurulatih baru yang akan datang.

Advertisements

“Sebab pada ketika ini memang tiada penolong jurulatih dalam (pasukan) Selangor. Sebab Coach (Ramon) Marcote tidak disambungkan kontrak dan Coach Nidzam dinaikkan pangkat sebagai jurulatih.

“Jadi, memang ada kekosonganlah dan itu sedang diusahakan oleh Coach Nidzam,” katanya kepada media dalam Majlis Berbuka Puasa Selangor FC di Petaling Jaya baru-baru ini.

Advertisements

Marcote sebelum ini turut menggalas peranan sebagai penolong jurulatih kepada Cheng Hoe semasa melatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram