Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim Jadi Pilihan Tan Cheng Hoe
Dunia
Advertisements

Pusat Latihan Kelab Johor Darul Ta’zim di Johor Bahru menjadi pilihan ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hal ini adalah disebabkan oleh kualiti infrastruktur latihan yang lengkap di Johor yang bakal membantu barisan pemain yang terpilih.

Timbalan FAM, Dato Yusof Mahadi menyatakan latihan pusat skuad Harimau Malaya bulan ini akan diadakan di Johor Bahru.

Advertisements

“Johor menjadi pilihan kem latihan kali ini dan semua pemain termasuk pihak pengurusan telah lama menanti untuk pasukan berlatih semula.”

“Masa inilah paling penting dalam persiapan pasukan. Kita hanya ada dua bulan untuk memastikan semua berjalan lancar,” jelas Dato Yusof.

Seramai 30 pemain yang beraksi di Liga Super dan Liga Premier bakal dipanggil Tan Chang Hoe menyertai kem latihan pusat selepas 21 Mac ini.

Advertisements

Kemudahan pusat latihan Johor Darul Ta’zim merangkupi padang latihan luar dan ‘indoor’, gimnastik, pusat latihan basikal, kolam renang, pusat pemulihan, dan peralatan latihan bertaraf antarabangsa selain Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan pemanas badan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram