Liga Super
Instagram @dan.s.ting @quentinchengg
Advertisements

Minit permainan seseorang pemain pastinya antara elemen yang perlu diteliti sebelum pemilihan untuk panggilan skuad kebangsaan dibuat.

Kekerapan beraksi setiap minggu diperlukan untuk meningkatkan keyakinan seseorang pemain dan itu yang terjadi kepada dua bek sisi ini iaitu Daniel Ting dan Quentin Cheng.

238942780 533965881158778 8591572267826914495 n Penglibatan Quentin Cheng Dan Daniel Ting Musim Ini Memang Tak Masuk Akal
Quentin Cheng ketika perlawanan bertemu Kedah Darul Aman FC (Sumber : Instagram Penang FC)

Penampilan kedua-dua pemain ini pasti akan membuatkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe ‘pening kepala’ untuk memilih pemain terbaik ke kem kebangsaan.

Advertisements

Ini kerana Quentin Cheng dan Daniel Ting adalah antara pemain yang beraksi semua perlawanan buat kelab masing-masing tanpa telepas satu perlawanan pun.

Untuk Quentin Cheng, pemain berdarah Malaysia-Australia ini merupakan berstatus pinjaman dari Selangor FC dan beliau dipinjamkan ke Penang FC untuk satu musim.

Kehebatan pemain muda berusia 21 tahun ini terserlah selepas beliau berjaya membuat 5 bantuan gol untuk aksi liga musim ini seperti yang direkodkan di transfrmarkt.

Advertisements

Manakala buat Daniel Ting, keputusan beliau menyertai Kuala Lumpur City FC selepas ‘berehat’ selama 2 tahun pastinya berbaloi.

Beliau sehingga kini sudah beraksi 21 perlawanan dan menyumbang 1 gol untuk kelabnya dan merupakan tonggak utama pasukan.

Aksi Daniel Ting ketika pertemuan menentang Perak FC (Sumber : Instagram KL City FC)

Posisi beliau di bek kiri untuk Kuala Lumpur seperti sudah menjadi hak mutlak pemain kacukan Malaysia-England ini apabila tiada pemain yang mampu mencabar beliau di posisi tersebut.

Advertisements

Untuk rekod, bekas pemain PKNS ini pernah mengumumkan persaraan pada hujung tahun 2018 selepas rombakan besar-besaran oleh pihak pengurusan PKNS ketika itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram