Radhi Shenaishil: Iraq Sudah Kaji Indonesia Sejak Piala Asia Bermula
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Ketua jurulatih Iraq, Radhi Shenaishil mengakui sudah mengkaji pasukan Indonesia sejak bermulanya Piala Asia B-23 di Qatar.

Indonesia yang mencatatkan kemenangan sewaktu menentang pasukan hebat seperti Jordan, Australia dan juga Korea Selatan telah menarik perhatian Radhi Shenaishil sepanjang kejohanan Piala Asia B-23.

Namun pengendali Iraq ini tidak mahu memberi laluan mudah buat Indonesia dan menuntut anak buahnya memberikan aksi yang terbaik dalam merebut slot penentuan ke Olimpik Paris 2024.

Advertisements

“Semuanya berjalan lancar dan kami cuba mengurangkan tekanan setelah kalah kepada Jepun tempoh hari. Kami cuba bertenang agar para pemain dapat bermain seperti sediakala kerana kami berada dalam prestasi yang memberangsangkan ketika ini.”

“Kami mengikuti rapat Indonesia sejak bermulanya kejohanan ini. Indonesia sangat bagus dan teratur sewaktu diatas padang. Bola sepak Asean sangat pantas dan kami perlu berhati-hati menyekat aksi mereka terutamanya kelibat penyerang mereka.” ujar pengendali Iraq.

Advertisements

Radhi Shenaishil juga terpaksa akur dengan kehilangan dua tonggak penting pertahanan Iraq yang digantung perlawanan iaitu bek kanan Mustafa Saadoun dan bek tengah Zaid Tahseen.

“Indonesia menang ke atas Jordan, Australia dan Korea Selatan. Kemenangan mereka bukan kerana nasib atau kebetulan kerana mereka penuh strategi dan mempunyai perancangan. Kami perlu hormati dan fokus ketika melawan mereka.”

Advertisements

“Pemain Iraq sudah bersedia dengan perlawanan penting ini. Kami mempunyai pasukan yang bagus, bersemangat, bermotivasi dan mempunyai fizikal yang baik. Kami cuma perlu fokus untuk menang perlawanan menentang Indonesia.” ujar Radhi Shenaishil.

Iraq akan menentang Indonesia dalam penentuan tempat ketiga Piala Asia B-23 dan pemenang tempat ketiga akan meraih slot automatik ke Olimpik Paris manakala tempat keempat harus menentang Guinea kelak dalam aksi penentuan ke Olimpik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram