Rafael Vitor Bakal Calon Naturalisasi
MakanBola
Penang FC
Sponsors

Sejak beberapa tahun lepas, Harimau Malaya diperkuat beberapa pemain naturalisasi seperti Paulo Josue dan Endrick dos Santos. Kini, Rafael Vitor dijangka berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya atas sebab sama.

Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran hari ini. Vitor dijangka layak mendapat status kewarganegaraan menjelang akhir tahun hadapan.

Ad

Ini selepas bek tengah Brazil itu telah mewakili Penang FC sejak tahun 2020. Selain itu, beliau juga merupakan kapten pasukan dan tonggak utama di bahagian pertahanan.

Yang pasti, berita ini pastinya akan menambah pilihan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon di barisan pertahanan terutamanya di bek tengah.

Ad

Jika Vitor dipanggil menyertai skuad kebangsaan, bek tengah berusia 30 tahun itu bakal bergandingan semula dengan rakan sepasukan lamanya di Penang, dos Santos.

Ad