fbpx

Rafieq Amzar Sertai Zvijezda FC Untuk Saingan Liga Divisyen Ke-2 FBiH

1,404 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang berasal dari Malaysia, Mohd Rafieq Al-Amzar Zulkifeli secara rasmi menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ke-2 Liga Bosnia & Herzegovina (FBiH).

Penyerang berusia 18 tahun kelahiran Selangor ini merupakan graduan Sekolah Sukan Pahang.

Sebelum ini Rafieq juga terpilih untuk menyertai Program TH Global Football Camp yang dijadualkan diadakan di Bandar Madrid, Sepanyol namun ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

NK Zvijezda Gradačac merupakan kelab bola sepak dari Bosnia & Herzegovina yang diasaskan sejak 99 tahun lalu namun mengalami zaman kejatuhan berikutan peperangan saudara di Bosnia & Herzegovina.

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram