Penyerang berasal dari Malaysia, Mohd Rafieq Al-Amzar Zulkefli terus konsisten buktikan kemampuannya setelah berjaya menjaringkan dua gol buat kelabnya, NK Zvijezda Gradacac U19 menewaskan FK ilicka U19 5-0.
Pemain muda ini berjaya mempamerkan aksi yang baik selepas menunjukkan sentuhan penyudahnya yang berkualiti dalam saingan First League Of Bosnia & Herzegovina.
Rafieq Amzar merupakan graduan Sekolah Sukan Pahang dan telah menyertai kelab NK Zvijezda Gradacac pada bulan Julai yang lalu.
Semoga pemain berusia 19 tahun ini terus konsisten pamer aksi yang terbaik dan menimba pengalaman yang sebaiknya.
Beliau merupakan diantara pemain muda yang beraksi di luar negara selepas Luqman Hakim yang menyertai pasukan KV Kortrijk.