Rahadiazli Rahalim Perlukan Sokongan Untuk Bangkit Semula
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Seorang pemerhati bola sepak tempatan berpandangan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim memerlukan sokongan untuk memulihkan kembali prestasinya.

Pandangan tersebut diutarakan pemerhati bola sepak Terengganu, Piang Shankly susulan kesilapan terbaru yang dilakukan Rahadiazli dalam perlawanan Penang FC-Terengganu semalam.

Ad

Tindakan penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara itu merempuh pemain Penang dalam kotak penalti mengakibatkan tuan rumah mendapat sepakan penalti.

Ad

Dan itu sudah cukup buat anak-anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu mengikat skuad Penyu 1-1 semalam.

Piang merasakan situasi yang menyelubungi Rahadiazli perlu ditangani segera oleh Terengganu bagi memastikan beliau kembali berada pada prestasi terbaik.

Ad

Ini termasuk menilai kembali pengurusan kecergasan dan minit permainan beliau. Piang percaya bila perubahan itu dibuat, Rahadiazli dapat merealisasikan potensinya sebagai penjaga gol terbaik negara.

Ad

“Pernah jadi penjaga gol nombor satu dalam kalangan penjaga gol tempatan. Sentiasa dapat panggilan skuad kebangsaan daripada KPG (Kim Pan-gon) dan Cho Jun-ho (jurulatih penjaga gol Malaysia) beri penilaian dia sangat tinggi (sebagai penjaga gol).

“Tapi bila lama tak main, sudah tentu ini akan jejaskan keyakinan, prestasi dan kemajuan dia. Terengganu kena cari jalan untuk bantu dia maksimumkan potensi dan prestasi dia.

“Dia ada pakej yang cukup-cukup baik untuk jadi penjaga gol terbaik,” katanya menerusi satu ciapan di X semalam.

Musim 2023 menyaksikan Rahadiazli sudah merekodkan sembilan penampilan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).