Rajagobal Beri Peringatan Kepada KL City
Dunia
afc
Advertisements

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengakui KL City mampu menjulang Piala AFC 2022 ini kerana kelebihan yang mereka miliki. 

Beraksi di laman sendiri bagi perlawanan akhir nanti, Rajagobal menyifatkan itu adalah kelebihan yang terbaik buat KL City selepas melalui laluan yang sukar sebelum tiba ke pentas akhir ini. 

“Peluang itu nampak cerah kerana telah melalui detik-detik yang sukar dan dalam situasi yang sukar. Ini menunjukkan keyakinannya bertambah dan Kuala Lumpur City bermain di tempat sendiri atau di lapangan sendiri.

Advertisements

Namun, beliau menegaskan bahawa meskipun bermain di laman sendiri ianya tidak menjaminkan kemenangan. 

“Saya fikir bukan sahaja kelebihan kalau kita main di tempat lawan pun ia tidak menentukan tetapi saya lihat dari semua peringkat KL City FC nampak keyakinan mereka bertambah dan saya fikir bahawa mereka ada peluang yang bagus,” katanya kepada Flash Sukan

Bekas jurulatih skuad kebanggsaan Brunei itu turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan KL City dan mengakui mereka sememangnya berhak berada di peringkat ini kerana semangat juang yang ditonjolkan sangat luar biasa. 

Advertisements

Tambahnya,beliau menyatakan bahawa kejayaan KL City memberi banyak perkara yang positif buat arena bola sepak Malaysia dalam usaha untuk terus meningkatkan kualiti pemain.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Kuala Lumpur City FC (KL City FC) apabila kita lihat perjalanannya hingga ke final itu, memanglah berhak masuk ke final, kerana kesungguhan, teamwork, taktikal daripada jurulatih dan seluruh staf kejurulatihan.

“Kita bangga sebagai wakil dari Malaysia. Ia adalah bagus untuk bola sepak bahawa kita mesti ada satu impian yang besar di peringkat yang berbeza untuk mendapatkan satu pendedahan yang bagus, jadi ini memberi keyakinan untuk bola sepak,” katanya lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram