Dunia
Advertisements

Ramadhan Saifullah mendapat perhatian ramai peminat liga tempatan tahun ini selepas aksi yang mengagumkan bersama JDT. Baru menginjak usia 20 tahun, pemain tersebut dilihat sebagai prospek jangka masa panjang JDT.

Ramadhan Ramadhan Saifullah Mampu Isi Kekosongan Safawi di JDT
Ramadhan Saifullah

Ramadhan Saifullah merupakan pemain akademi JDT. Bermula bersama JDT II di Liga Perdana tahun lalu, beliau kemudian diserap masuk ke skuad utama JDT tahun ini. Ramadhan juga merupakan bekas peserta program televisyen Mencari Ramli.

Musim ini, Ramadhan berjaya menjaringkan 4 gol bersama JDT. Pemain ini mampu beraksi di bahagian sayap kanan dan bahagian tengah.

Advertisements

Melihatkan kemampuannya dalam melakukan serangan berbahaya, tidak mustahil Ramadhan akan mengisi posisi sayap kanan milik Safawi Rasid selepas ini.

Hal ini kerana Safawi akan beraksi untuk pasukan Portimonense selama semusim. Malah tidak lama lagi saingan Piala Malaysia akan berlangsung.

Walaupun masih ada pemain seperti Akhyar Rashid, Nazmi Faiz, Syafiq Ahmad dan Leandro Velasquez, posisi utama mereka bukanlah di sayap kanan.

Advertisements

Akhyar dan Leandro lebih dominan di bahagian sayap kiri manakala Nazmi Faiz dan Syafiq merupakan pemain tengah menyerang. Ini memberikan kelebihan buat Ramadhan kerana beliau pernah bermain di posisi sayap kanan untuk JDT II.

Pada tahun lalu aksi lincah Ramadhan bersama JDT II turut mendapat pujian ketua jurulatih Ervin Boban. Ketika itu JDT II menewaskan UiTMFC 2-0 dan beliau berjaya menjaringkan satu gol.

Ramadhan Saifullah juga merupakan pemain tempatan yang kedua menjaringkan gol terbanyak di Liga Super untuk JDT pada musim ini dengan 4 gol. Safawi Rasid pemain tempatan paling banyak menjaringkan gol untuk JDT dengan 7 gol.

Advertisements

Perkembangan bakat Ramadhan mendapat perhatian peminat bola sepak tanah air ketika ini malah ada yang mahu beliau dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram