Ramadhan Saifullah Sertai BG Pathum United?
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyertai kelab Liga 1 Thai, Ratchaburi FC berkemungkinan pemain sayap lincah JDT, Muhammad Ramadhan Saifullah pula dikatakan bakal ke BG Pathum United.

Pemain muda ini merupakan antara sayap sensasi pasukan Harimau Selatan namun beliau sering diturunkan sebagai pemain gantian. Persaingan yang hebat di JDT dan kekurangan minit permainan menjadi antara faktor yang memungkinkan beliau mencari haluan baru.

Johor Darul Ta’zim dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa 2 pemain daripada JDT iaitu Safawi Rasid dan Moussa Sidibe secara sah telah dipinjamkan ke pasukan Thailand, Ratchaburi FC. Kini Ramadhan pula dikaitkan ke kelab gergasi dari Thailand iaitu BG Pathum United.

Advertisements

Ramadhan dalam pada itu telah dipilih oleh jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan skuad negara.

Pemain berusia 21 tahun itu bakal menjadi antara tonggak penting bagi skuad Harimau Malaya dalam dua edisi perlawanan persahabatan antarabangsa dan juga kejohanan Piala AFF 2022 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram