Ramadhan Sananta Beri Amaran Awal Kepada Malaysia
Piala AFF
MakanBola
Persis Solo
Advertisements

Persiapan pasukan Indonesia ke Piala AFF b-23 berlangsung cukup baik dengan salah seorang peledak berbisa pasukan, Ramadhan Sananta kini dalam prestasi terbaiknya.

Pemain muda berusia 20 tahun itu kini menjadi tunjang utama bersama pasukan Persis Solo setelah melengkapkan perpindahan dari juara Liga 1 Indonesia, PSM Makassar.

Advertisements

Beliau jelas tidak menunggu lama untuk membentuk keserasian bersama bekas penyerang JDT, Fernando Rodriguez di bahagian serangan.

Penyerang bawah 22 tahun Indonesia mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Leonardo Medina untuk membawa cabaran pasukan musim ini.

Advertisements

Beliau menjadi watak penting buat pasukan ketika menewaskan pasukan bimbingan Bojan Hodak iaitu Persib Bandung dengan keputusan 2-1 baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by BRI Liga 1 (@liga1match)

Advertisements

Ramadhan kini menjadi penjaring terbanyak pasukan bersama Rodriguez dengan mengumpul 4 jaringan selepas 7 perlawanan.

Beliau juga merupakan peledak berbisa Indonesia ketika meraih emas di Sukan Sea tempoh hari.

Advertisements

Setakat ini, beliau sudah menjaringkan 5 gol sepanjang beraksi bersama skuad muda Indonesia.

View this post on Instagram

A post shared by BRI Liga 1 (@liga1match)

Advertisements

Kecemerlangan beliau sudah pasti ditagih oleh ketua jurulatih, Shin Tae-yong berdepan Malaysia dan Timor Leste dalam kumpulan B.

Indonesia akan memulakan perlawanan berdepan Malaysia pada 18 Ogos 2023.

Advertisements

News Comments Account