Ramalan Separuh Akhir UCL Micah Richards Melencong Hingga Ke Parit
Eropah
CBS Sports Golazo
Advertisements

Ramalan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) daripada bekas pemain Manchester City, Micah Richards akhirnya melencong hingga ke parit.

4 slot untuk aksi separuh akhir UCL kelak telah sah menjadi milik Borussia Dortmund, PSG, Real Madrid dan Bayern Munich.

Namun Micah Richards yang kini merupakan pengulas bola sepak menarik perhatian ramai apabila ramalan awal beliau mengenai aksi separuh akhir UCL salah sepenuhnya.

Advertisements

Micah Richards dengan yakinnya meramalkan dua kelab dari England dan Sepanyol, Arsenal dan Manchester bersama-sama Atletico Madrid dan Barcelona akan layak ke saingan separuh akhir.

Beliau kemudian memilih Atletico Madrid dan Manchester City untuk aksi akhir dan meramal bekas kelab beliau, City sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah musim 2023/2024.

Ternyata ramalan Micah Richards melencong jauh apabila kesemua pasukan pilihan beliau sah tersingkir dalam aksi suku akhir UCL.

Advertisements

Lebih malang, pilihan juara beliau tersingkir digelanggang sendiri apabila City tewas menerusi sepakan penalti kepada Real Madrid.

Ramalan daripada rakan pengulas beliau, Kate Abdo turut tersasar jauh setelah pengulas itu memilih 4 pasukan yang sama seperti Micah Richards dan memilih Barcelona sebagai juara.

Slot separuh akhir UCL kelak akan menyaksikan Borussia Dortmund menentang PSG manakala Real Madrid akan bertemu Bayern Munich.

Advertisements

Aksi Dortmund dan PSG pastinya menjadi tumpuan apabila dua kelab tersebut pernah berada dalam kumpulan sama sebelum ini sebelum Dortmund layak sebagai juara kumpulan F dan PSG sebagai naib juara.

Pertemuan kembali antara Real Madrid dan Bayern Munich juga ditunggu ramai setelah kedua-dua kelab ini pernah bergelar juara UCL dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram