Ramalan Zulhelmi Tentang Masa Depan Peter Cklamovski
MakanBola
Malaysia NT

Desas-desus mengenai masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski jadi bualan.

Harimau Malaya telah menutup kempen Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan kemenangan bersih dalam lima perlawanan, mengumpul 15 mata.

Pasukan kebangsaan juga menduduki tangga teratas kumpulan dengan 15 mata dan meninggalkan pasukan tangga kedua, Vietnam dengan tiga mata.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bagaimanapun memberi ramalan awal terhadap beberapa senario yang berkemungkinan berlaku terhadap pasukan kebangsaan.

Antara perkara yang ditekankan olehnya adalah Harimau Malaya berkemungkinan akan berdepan pemotongan mata oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Bukan itu sahaja, wartawan berpengalaman negara ini turut meramalkan bakal ada kepulangan daripada bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Datuk Hamidin Mohd Amin.

Zulhelmi juga melihat terdapat kemungkinan besar ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski bakal mendapat tawaran daripada pasukan luar.

Malaysia hanya selangkah untuk mencipta sejarah layak ke pentas Piala Asia 2027 dua kali berturut-turut.