Ranjau Berduri, Onak Berliku Dijangka Menanti Harimau Malaya
MakanBola
FAM

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dijangka berhadapan laluan yang berliku untuk ke Piala Asia 2023 selepas banyak negara yang masih belum membuka sempadan dan memaksa Malaysia menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 secara berpusat.

Ternyata situasi ini agak membimbangkan kerana kelebihan pastinya memihak kepada tuan rumah yang dipilih untuk menjadi venue bagi pusingan kelayakan tesebut.

Ad
Advertisement

Menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John, perubahan format kelayakan itu terpaksa dibuat dan ia sudah dicadangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan AFC.

Ad

“Kita sudah bincangkan mengenai perubahan format ini dan hanya menunggu kelulusan daripada Ahli Eksekutif AFC sebelum diumumkan nanti.

Advertisement

“Kita terpaksa ubah format di mana kalau sebelum ini, kita mungkin akan main di setiap venue tuan rumah yang berada dalam kumpulan. Tetapi kita kena ubah dan bermain secara berpusat kerana ada negara yang masih belum membuka pintu sempadan, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Malaysia diletakkan di dalam balang 3 daripada 4 balang yang membabitkan keseluruhan 24 pasukan yang bertanding di mana balang 1 dan 2 adalah pasukan-pasukan yang lebih tinggi rankingnya berbanding Malaysia.

Ad
Advertisement

Sekiranya Malaysia dipilih menjadi tuan rumah, pasti ianya memberi kelebihan moral buat pasukan Negara yang sudah tentu lebih bersemangat dengan sokongan padu daripada penyokong-penyokong di stadium.

Ad

Pasukan negara sebelum ini pernah beraksi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dipilih sebagai tuan rumah aksi kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 dan ternyata kelebihan dimiliki pasukan UAE di mana mereka berjaya mara ke pusingan seterusnya bersama Vietnam.

Advertisement