Ranking FIFA: Harimau Malaya Kekal Di Tangga 121 Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Harimau Malaya kekal menghuni tangga ke-121 dunia.

Ini berdasarkan kemas kini ranking terbaru FIFA yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa.

Kemas kini terbaru ini menyaksikan Malaysia kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu yang dibuat pada 22 Disember lalu.

Keadaan ini juga menyaksikan Malaysia kekal berada di hadapan negara jiran, Indonesia. Kedudukan Indonesia juga tidak berubah dengan menghuni tangga ke-122 dunia.

Pasukan nombor satu ASEAN, Thailand mengekalkan gelaran tersebut dengan menduduki ranking ke-96 dunia.

Vietnam pula jatuh satu anak tangga dari kedudukan ke-107 kepada kedudukan ke-108. Hal ini berlaku disebabkan prestasi baik Comoros dalam Kejohanan Negara-Negara Afrika (AFCON).

Comoros bukan saja memintas Vietnam. Malah, negara itu turut memintas negara serantau, Equatorial Guinea dan Lubnan.

Filipina dan Singapura masing-masing kekal pasukan keempat dan kelima terbaik ASEAN dengan kedudukan ke-136 dan 148.