Ranking FIFA: Malaysia Turun 14 Anak Tangga
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia kini menduduki ranking ke-135 dunia berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Semakan terbaru ranking menyaksikan Harimau Malaya mengalami penurunan sebanyak 14 anak tangga berbanding ranking sebelumnya, ranking ke-121 dunia.

Hal ini berlaku selepas Jawatankuasa Etika dan Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan Harimau Malaya menurunkan pemain tidak layak dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Hal ini berlaku apabila Malaysia menentang Nepal dan Vietnam pada Mac dan Jun 2025. Susulan itu, kedua-dua pasukan dianugerahkan kemenangan percuma 3-0.

Keputusan ini juga menyaksikan Vietnam memintas Malaysia selaku pendahulu Kumpulan F dengan 15 mata. Ini sudah cukup buat pasukan itu layak ke Piala Asia dengan baki satu perlawanan.

Keputusan AFC turut menyaksikan Vietnam kini menduduki ranking ke-103 dunia. Ini selepas pasukan itu merekodkan kenaikan sebanyak lima anak tangga.

Thailand kekal pasukan nombor satu ASEAN dengan ranking ke-96 dunia. Indonesia pasukan ketiga terbaik ASEAN dengan ranking ke-121 dunia.

Malaysia kini di hadapan Filipina yang menduduki ranking ke-136. Anak buah Peter Cklamovski masih berpeluang memperbaiki kedudukan ranking apabila turun menentang Vietnam pada 31 Mac ini.