Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA sekali gus menambah sekitar +2.56 mata.
Harimau Malaya bakal beraksi pada perlawanan terakhir Kumpulan A, Piala Hyundai ASEAN 2026 menentang Filipina di laman sendiri.
Hanya kemenangan dapat menjamin tempat ke pentas separuh akhir kejohanan ini, terutamanya selepas Thailand secara rasminya menempah tiket ke pentas separuh akhir hasil tiga kemenangan bersih peringkat kumpulan.
Malaysia – memerlukan tiga mata sekali gus memperoleh tambahan +2.56 mata yang berpotensi membawa pasukan untuk melangkah ke pentas separuh akhir.
Harimau Malaya juga bakal mengumpul anggaran 1090.73 mata berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA untuk kekal di tangga ke-136 dunia.
Namun begitu, skuad kebangsaan berpotensi untuk hanya mendapatkan tambahan +0.06 mata jika seri selain bakal kehilangan -2.44 mata (1085.73 mata) jika tewas.
Aksi antara Malaysia menentang Filipina dijadual berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos 2026 jam 9.00 malam waktu Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.