Rekod pertembungan Malaysia vs Filipina daripada 5 aksi terakhir dilihat memihak Harimau Malaya sebelum perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026 buat kedua-dua pasukan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu pada 8 Ogos bagi aksi keempat kumpulan Piala Hyundai ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Harimau Malaya & Filipina memburu kemenangan bagi meraih slot kedua ke peringkat separuh akhir selepas Thailand sekali gus menjanjikan aksi panas.
Kali terakhir Malaysia menundukkan Filipina dengan keputusan 2-1 pada aksi separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2024 di TM Stadium Nasional hasil jaringan Syamer Kutty & Safawi Rasid. Gol The Azkals pula diledak oleh pertahanan baharu Selangor, Jefferson Tabinas.
Kemenangan itu memastikan Harimau Malaya mara ke pentas final Pesta Bola Merdeka 2024 dan berjaya menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0 menerusi ledakan penyerang baharu Terengganu, Romel Morales.
Rekod pertemuan antara Malaysia vs Filipina diungguli oleh Harimau Malaya dengan 2 kemenangan dan 3 seri daripada 5 pertemuan terakhir.
Aksi Malaysia vs Filipina dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos jam 9 malam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.