Malaysia kembali bertemu Filipina selepas kali terakhir berlaku kira-kira 701 hari yang lalu.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal turun di laman sendiri bagi aksi terakhir Kumpulan A, Piala Hyundai ASEAN 2026 menentang Filipina, Sabtu ini.
Prestasi semasa menyaksikan Harimau Malaya menang dua perlawanan dan tewas satu kali, sementara Filipina kendalian Carles Cuadrat menang hanya sekali dan tewas dua kali.
Beraksi di laman sendiri, skuad kebangsaan memiliki kelebihan terutamanya beraksi di hadapan kira-kira 15,000 penyokong setia yang dijangka bakal membanjiri Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Malaysia yang menduduki tangga ke-136 dunia bakal kembali melayan tentangan Filipina setelah kali terakhir berentap kira-kira 701 hari lalu iaitu pada aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Harimau Malaya berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas lawan, sekali gus berjaya melangkah ke pentas akhir namun tunduk di tangan Lubnan.
Pada perlawanan tersebut, beberapa insiden panas termasuk pergaduhan antara pemain menghangatkan pertembungan aksi di Asia Tenggara itu.
Catatan rekod menunjukkan Malaysia memiliki reputasi baik bertemu Filipina, menang 12 kali, seri enam kali dan hanya tewas satu kali sahaja sepanjang 19 pertembungan hangat sejak tahun 1962.
Aksi Malaysia vs Filipina dijadual pada Sabtu, 8 Ogos 2026 jam 9.00 malam (waktu Malaysia) di Cheras.