Sambutan penyokong terhadap aksi terakhir Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN 2026 antara Malaysia dan Filipina terus membara apabila beberapa zon tempat duduk di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras telah habis terjual.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa tiket bagi tempat duduk di Pintu B1, B2 dan C1 telah habis dijual menjelang perlawanan yang dijadual berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos 2026, pukul 9.00 malam.
Perkembangan itu membuktikan sokongan padu penyokong Harimau Malaya menjelang aksi penting skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang memburu keputusan positif untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan cemerlang.
Dalam masa sama, FAM menggesa penyokong yang masih belum mendapatkan tiket supaya segera membeli baki tiket yang masih tersedia sebelum habis terjual bagi memastikan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dipenuhi lautan penyokong Harimau Malaya pada malam perlawanan nanti.
Bagi penyokong yang masih ingin mendapatkan tiket, harga kemasukan ditetapkan sebanyak RM30 seorang untuk tempat duduk terbuka, manakala tiket kanak-kanak pula dijual pada harga RM5 seorang. Tiket boleh didapati di lawan sesawang; https://bit.ly/TiketMASPHI