Advertising
Ranking Hoki Malaysia Jadi Kebanggaan Tertinggi Asia
UltraSukan
MHC
Sponsors

Pasukan hoki Malaysia terus membanggakan nama negara dengan kedudukan ranking antara yang tertinggi berbanding negara-negara Asia yang lain.

Menerusi kemas kini ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysia kini menduduki ranking ke-13 dunia dengan 1928.27 mata, peningkatan sebanyak satu anak tangga berbanding kedudukan ke-14 sebelum ini.

Ad

Berdasarkan kedudukan negara-negara Asia, skuad hoki kebangsaan berada di tangga ketiga keseluruhan, di belakang India dan Korea Selatan yang masing-masing menghuni ranking keenam dan ke-11 dunia.

Ad

Skuad hoki negara turut mengukuhkan kedudukan sebagai kuasa besar hoki di rantau Asia Tenggara dengan berada di tangga pertama, jauh meninggalkan negara jiran, Indonesia di ranking ke-45 dunia.

View this post on Instagram

A post shared by Seasia Stats (@seasia.stats)

Ad

Belanda, Belgium dan Australia terus berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik dunia sekaligus memberi awal buat pasukan lain menjelang saingan Sukan Olimpik Paris pada Julai hadapan.

Ad

Skuad hoki negara bimbingan Sarjit Singh kini dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang bakal membuka tirai pada 4 hingga 11 Mei hadapan.

Ad

Pasukan negara bakal turun dalam aksi pertama berdepan Pakistan pada 4 Mei ini di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.