Ranking Masa-Nyata FIFA: Jumlah Mata & Kedudukan Malaysia Selepas Atasi Filipina
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berjaya mendapat tambahan mata besar ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seterusnya berjaya melangkah ke pentas separuh akhir.

Aksi terakhir Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN 2026 menyaksikan Harimau Malaya melangkah ke pentas separuh akhir selepas berjaya membenam cabaran Filipina dengan keputusan 1-0.

Beraksi di laman sendiri, Malaysia memastikan tiket separuh akhir dalam genggaman menerusi gol tunggal yang dijaringkan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) II, G. Pavithran. Pavithran turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih tiga mata penuh, sekaligus memperoleh tambahan +2.56 mata.

Keputusan Harimau Malaya juga bakal mengumpul anggaran 1090.73 mata berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA untuk kekal di tangga ke-136 dunia.

Malaysia dijadual bertemu Vietnam yang merupakan juara Kumpulan A pada 16 Ogos 2026 dengan aksi timbal balik pada 19 Ogos 2026 di tempat lawan.

Satu lagi aksi menyaksikan pertembungan Thailand (Juara Kumpulan B) bertemu Singapura (Naib Juara Kumpulan A).