Kemajuan prestasi pasukan kebangsaan Thailand kini menjadi satu ‘amaran’ awal buat Malaysia.
Kedua-dua pasukan telah pun menamatkan keseluruhan aksi kumpulan bagi Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Pasukan bimbingan Anthony Hudson cemerlang muncul juara kumpulan sekali gus layak ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi.
Nasib berbeza ditanggung oleh Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski selepas hanya menduduki tangga kedua kumpulan di belakang Vietnam, dan tidak layak ke pentas tertinggi Asia itu.
Persembahan pada peringkat kelayakan memberi kesan besar kepada kedudukan Ranking FIFA kedua-dua negara selepas Thailand melonjak ke kedudukan 93 dunia dengan 1252.14 mata, naik dua tangga berbanding kemas kini terdahulu (ke-95).
Harimau Malaya pula menerima kesan besar susulan tewas tiga perlawanan kumpulan secara keputusan rasmi, membawa pasukan jatuh 17 tangga ke kedudukan 138 dunia dengan 1086.22 mata.
Kemuncak dua pasukan ini bakal dirasai tatkala Thailand dan Malaysia diundi dalam Kumpulan B, saingan ASEAN Hyundai Cup 2026 bermula Julai ini.
Pertemuan Malaysia dan Thailand dijadual berlangsung pada Sabtu, 1 Ogos 2026 di tempat lawan.
Rekod pertemuan terdahulu menyaksikan Malaysia tumpas tipis dengan jaringan 1-0 kepada skuad Gajah Perang pada tahun 2024.