Seorang pemain kelahiran Australia difahamkan bakal memperkuat Harimau Malaya.
Baru-baru ini, pasukan kebangsaan telah pun menamatkan perjuangan saingan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.
Hasrat untuk melihat anak buah Peter Cklamovski untuk melangkah ke pentas akhir Piala Asia tidak kesampaian selepas hanya menduduki tangga kedua kumpulan dengan 9 mata.
Usaha memperkuat pasukan kebangsaan diteruskan selepas seorang lagi pemain warisan dijangka menyertai pasukan kebangsaan dalam masa terdekat.
Laporan pendedahan awal daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengesahkan bahawa terdapat pemain warisan yang semakin hampir menyertai persiapan Harimau Malaya.
Pendedahan terbaru menyaksikan hantaran Zulhelmi disertakan dengan bendera Australia dan juga tanda ‘akan tiba’ sekali gus menguatkan lagi spekulasi ini.
Antara nama yang dikaitkan adalah Brad Tapp, tonggak berusia 25 tahun yang baru sahaja meninggalkan kelab Australia, Central Coast Mariners.
Pemain berketinggian 1.83 meter itu menjadi watak utama bahagian pertahanan tengah Central Coast selepas beraksi dalam 25 perlawanan dan merekodkan satu jaringan.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung status pemain ini secara jelas.