Ranking Vietnam Naik, Malaysia Kejar Rapat
MakanBola
Malaysia NT

Vietnam terus memperbaiki ranking FIFA mereka dengan Malaysia terus mengekori rapat.

Ini berdasarkan kemas kini terbaru ranking FIFA pada 22 Disember lalu. Vietnam terus kekal menjadi pasukan kedua terbaik ASEAN dengan menduduki tangga ke-107.

Mereka meraih pertambahan kedudukan sebanyak tiga anak tangga. Meskipun jatuh lima anak tangga, Malaysia kekal pasukan ketiga terbaik ASEAN dengan kedudukan ke-121.

Malaysia menamatkan tahun 2025 dengan kedudukan ranking lebih baik daripada negara jiran, Indonesia. Indonesia berada di tangga ke-122.

Thailand kekal pasukan nombor satu ASEAN dengan menduduki ranking ke-96. Kemas kini terbaru menyaksikan Thailand merekodkan penurunan satu anak tangga.

Pencapaian layak ke Piala Asia 2027 membantu Singapura menambah baik ranking mereka. Mereka kini menduduki kedudukan ke-148 dengan pertambahan sebanyak tiga anak tangga.