Rasmi: Kedah Ucap Selamat Tinggal Kepada Aidil Sharin
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Jodoh Aidil Sharin Sahak bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya terlerai apabila Kedah secara rasminya mengumumkan melepas jurulatih dari Singapura itu. Pembantu jurulatih, Victor Andrag menjadi pengendali interim buat masa ini.

“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin Sahak bersama pasukan Kedah sepanjang 4 tahun di bumi jelapang padi dengan meninggalkan legasi dan rekod pasukan bolasepak Kedah muncul Juara Piala FA 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021, layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022, termasuklah kejayaan membawa Kedah 3 tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.

“Ahli Lembaga Pengarah KDA FC memberi keutamaan perancangan kelab untuk musim 2023 dan mengumumkan untuk membawa haluan berbeza dengan Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih pasukan KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini,” jelas kenyataan daripada CEO KDA FC, Khamal Idris Haji Ali.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Kedah mengucapkan selamat berjaya kepada Aidil untuk kerjaya kejurulatihannya pada masa hadapan.

“KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya kejurulatihan beliau di masa hadapan dan percaya pengalaman kejurulatihannya cukup berharga bagi mana-mana kelab di peringkat liga domestik dan Asean,” jelasnya lagi.

KDA FC akan mengharungi kejohanan TM Piala Malaysia bermula 25 atau 26 Oktober ini menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman dan bertandang ke halaman lawan pada 31 Oktober atau 1 November.

Advertisements

Victor Andrag, Penolong Ketua Jurulatih akan terus berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Jurulatih (Interim) KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram