Juara Piala Dunia Qatar, Lionel Messi secara rasminya menyertai pasukan MLS, Inter Miami bagi musim hadapan.
Pemain berusia 35 tahun itu menghabiskan dua musim bersama jaguh Perancis, Paris Saint Germain (PSG) namun tidak berjalan seperti yang dirancang.
🚨🚨 BREAKING: Lionel Messi to Inter Miami, here we go! The decision has been made and it will be announced by Leo in the next hours #InterMiami
🇺🇸 Messi will play in MLS. No more chances for Barcelona/Al Hilal despite trying to make it happen.
𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐖𝐄 𝐆𝐎#Messi #MLS pic.twitter.com/OTYWIlEzNc— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 7, 2023
Kudrat lagenda Barcelona itu bagaimanapun gagal memberi impak yang diharapkan apabila beliau gagal membawa PSG mara dengan lebih jauh dalam saingan UCL bagi dua musim terakhir.
Masa depan beliau bagaimanapun terus menjadi tanda tanya apabila tidak lagi mahu kelal beraksi di Perancis.
Pemenang Balloon d’or 7 kali itu dikaitkan dengan beberapa destinasi baharu termasuklah menerima tawaran mega daripada Arab Saudi untuk membawanya ke sana.
Beliau bagaimanapun akhirnya membuat keputusan apabila wartawan terkemuka dunia, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Messi akan melangkah ke Amerika Syarikat.
Ini sekaligus menyaksikan beliau tidak akan pulang beraksi di Barcelona seperti yanh digembar-gemburkan oleh media sebelum ini.