Dunia
Siapa sangka wajah comel ini bakal menjadi bintang pada tahun 2021 – Instagram / @razman_roslan13
Advertisements

Razman Roslan yang kini telah membuat lebih 500 penampilan dalam perlawanan kompetitif di Liga M termasuk penampilan bersama skuad kebangsaan ternyata tersentuh dengan peningkatan pemain cilik Arif Aiman.

Arif Aiman yang kini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim menjadi pemain termuda dalam sejarah JDT yang beraksi di saingan Liga Juara-Juara AFC.

Arif Aiman
Siapa sangka wajah comel ini bakal menjadi bintang pada tahun 2021 – Instagram / @razman_roslan13

Razman telah memuat naik satu gambar beliau bersama Arif Aiman di Instagramnya dan menyatakan tanpa sebarang keraguan bahawa Arif Aiman adalah bintang masa hadapan.

Advertisements

Pada usia 18 tahun, Arif Aiman mencatat sejarah demi sejarah dengan beberapa penampilan “bersahaja” beliau menentang pasukan gergasi Jepun, Korea disamping beraksi dalam perlawanan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.

Arif Aiman berjaya menjaringkan 2 gol ketika membantu JDT disaingan liga Malaysia dan baru-baru ini, Arif telah mencatat sejarah baharu JDT dengan menjadi pemain termuda bermain di saingan ACL buat pasukan JDT.

Sebelum ini bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim turut menyebut nama Arif Aiman sebagai antara pemain muda yang mempunyai masa depan cerah di Malaysia.

Advertisements

“Mereka turun beraksi menentang Thailand dan mereka buktikan nilai mereka kepada pasukan.”

“Dia (Ariff Aiman) diturunkan menentang Thailand dan beliau tidak beraksi dengan baik. Kamu perlu faham mengapa dia tidak dapat bermain dengan baik. Budak ini baru berumur 18 tahun.”

“Kamu jangan meletakkan pemain muda seperti ini dalam kesebelasan utama, tekanan adalah sangat berbeza (untuk pemain muda). Masukkan dia pada separuh masa kedua. Kamu jurulatih yang berpengalaman untuk melakukan hal ini.”

Advertisements

“Pada perlawanan terakhir, pemain beraksi dengan baik. Kenapa? Kerana tiada tekanan dan tidak ada apa-apa untuk dirugikan.” Jelas Lim Teong Kim kepada The Bola Show.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram