Lim Teong Kim: Malaysia Miliki Pemain Muda Berkualiti Tinggi
Dunia
Advertisements

Dalam satu temu bual bersama The Bola Show, Lim Teong Kim tidak dapat berhenti memperkatakan berkenaan kualiti pemain muda tempatan yang Malaysia miliki di UAE semasa Kelayakan Piala Dunia berlangsung Jun lalu.

“Pemain JDT seperti Syafiq Ahmad, beliau memerlukan pendedahan. Dedahkan beliau dalam perlawanan taraf tinggi seperti ini. Saya sangat teruja melihatnya beraksi.”

“Nazmi Faiz dan Akhyar Rashid, mereka sebaik pemain luar (import). Percayalah pada saya bahawa mereka perlukan pendedahan.”

Advertisements

“Lebih banyak mereka didedahkan bermain dengan pasukan bertaraf tinggi, mereka akan menjadi lebih baik.”

Lim Teong Kim turut menamakan beberapa pemain muda yang lain dan menyifatkan terdapat kesilapan daripada pihak kejurulatihan terhadap cara mereka memberi peluang kepada pemain muda.

“Jika kamu tidak memberikan pendedahan kepada Luqman Hakim atau Arif Aiman dan pemain muda lain sebagai contoh, apa jaminan yang kamu boleh berikan bahawa mereka akan bermain bagus (suatu hari nanti)? Kamu boleh layak ke Piala Dunia?”

Advertisements

“Jawapan saya adalah tidak kepada pemain luar (naturalisasi).”

“Mereka turun beraksi menentang Thailand dan mereka buktikan nilai mereka kepada pasukan.”

“Saya akan memilih Syafiq Ahmad sebagai penyerang tunggal. Beliau berkualiti tinggi. Dan juga Arif Aiman.”

Advertisements

“Dia (Ariff Aiman) diturunkan menentang Thailand dan beliau tidak beraksi dengan baik. Kamu perlu faham mengapa dia tidak dapat bermain dengan baik. Budak ini baru berumur 18 tahun.”

“Kamu jangan meletakkan pemain muda seperti ini dalam kesebelasan utama, tekanan adalah sangat berbeza (untuk pemain muda). Masukkan dia pada separuh masa kedua. Kamu jurulatih yang berpengalaman untuk melakukan hal ini.”

“Pada perlawanan terakhir, pemain beraksi dengan baik. Kenapa? Kerana tiada tekanan dan tidak ada apa-apa untuk dirugikan.”

Advertisements

Baca Juga: Pemain Muda Malaysia Tewaskan Bayern Munich

“Pendedahan di Liga M tidak cukup. Kenapa? Tarafnya terlalu rendah. Sudah tentu mereka tidak mahu dengar (kenyataan ini), FAM tidak mahu dengar ini, ini adalah fakta.”

Lim Teong Kim sebelum ini tidak disambung kontraknya sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) selepas Kementerian Belia Dan Sukan dan LTK tidak mencapai kata sepakat untuk lanjutan kontrak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram