Advertisements
Reaksi Tan Cheng Hoe Tentang Pembelian Terbaru Selangor
Transfer
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe berkongsi pendapat beliau mengenai pertahanan baru The Red Giants.

Selangor telah mengumumkan pertahanan antarabangsa Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov sebagai pemain terbaru pada Jumaat bagi memperkuat pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Tan Cheng Hoe sempat membuka mulut mengenai perpindahan Umarbek yang hadir sebagai pemain import yang penuh pengalaman beraksi di pentas tertinggi Asia di peringkat kelab dan negara.

Beliau berharap kehadiran pemain berusia 31 tahun ini dapat memperkukuh benteng pertahanan pasukan yang kerap dibocori musim lalu.

“Saya pasti dengan pengalamannya bermain di Piala Asia dan Liga Juara-Juara akan menguatkan lagi barisan pertahanan kerana musim lalu kita menghadapi kesukaran di bahagian tersebut”, katanya kepada Media Selangor FC.

Jurulatih berusia 55 tahun itu juga percaya dengan sifat kepimpinan Umarbek ketika memimpin kelab dan negaranya bakal menjadi nilai tambah baharu buat pasukan.

“Umar juga merupakan salah seorang kapten untuk kelab terdahulunya dan pasukan kebangsaan Uzbekistan, saya berharap sikap kepemimpinan beliau akan membantu pasukan terutamanya pemain muda untuk beraksi dengan lebih matang bagi musim ini.”

Umarbek Eshmurodov tiba ke Selangor dari kelab gergasi Uzbekistan, FC Nasaf Qarshi akan menyertai pasukan setelah selesai tugasan antarabangsa bersama negaranya di Piala Asia.

Khidmat Umarbek pastinya ditagih The Red Giants bagi membantu pasukan yang bakal beraksi di lIga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim hadapan.