Advertising
Reaksi Tunku Ismail Selepas Forestieri Tinggalkan JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Reaksi Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor selepas Fernando Forestieri meninggalkan pasukan mencuri perhatian.

Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan tidak lagi memperkuat Harimau Selatan selepas menyertai pasukan pada tahun 2022.

Ad

Tonggak kelahiran Itali itu sebak selepas melakukan keputusan tersebut sambil para penyokong memberikan ucapan positif untuk beliau meneruskan kerjayanya di luar.

Ad

Pemergian bekas pemain Watford itu mendapat respon daripada DYAM Tunku Ismail yang menyatakan penghargaan kepada Forestieri atas segala khidmatnya buat JDT.

“Sentiasa sebahagian daripada keluarga JDT. Sayang kamu Fer,” ujar Baginda.

Ad
Untitled design 9 Reaksi Tunku Ismail Selepas Forestieri Tinggalkan JDT

Baru-baru ini, Forestieri dikesan berada pada sesi latihan pasukan Watford B-21 dan difahamkan berlatih untuk mencapai tahap kecergasan terbaiknya.

Ad

Kali terakhir beliau beraksi buat JDT adalah ketika menentang Kelantan Darul Naim pada bulan Jun lalu bagi aksi Piala FA 2024.

Ad

Beliau hanya merekodkan 4 penampilan bersama Harimau Selatan sepanjang musim susulan beberapa siri kecederaan yang memaksa beliau diketepikan.