Real Madrid Mahu ‘Curi’ Permata Man United
Eropah
Manchester United
Advertisements

Aksi memukau bintang muda Man United, Alejandro Garnacho berjaya membuka mata beberapa kelab ternama termasuklah Real Madrid.

Menurut laporan centredevils, Presiden Real Madrid, Florentini Perez berminat untuk merekrut pemain sayap muda Manchester United tersebut dan mahu meyakinnya untuk menyertai Los Blancos.

”Florentino Perez mahu bertemu Alejandro Garnacho apabila dia pergi ke Manchester pada 17 April. Dia mahu menandatangani pemain sayap itu untuk Real Madrid, dan berharap dapat meyakinkannya,” tulis centredevils di laman X.

Advertisements

Musim ini, pemain berusia 20 tahun ini sering menjadi pilihan pengurus, Erik ten Haag untuk mengisi kesebelasan utama pasukan dan sudah merekodkan 38 penampilan bersama pasukan.

Garnancho juga kini sudah menjaringkan tujuh gol dan melakukan empat bantuan jaringan buat The Red Devils dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Real Madrid yang kini sedang gayat di puncak La Liga mahu menambah bisa di jentera serangan mereka meskipun sudah diperkuat dua pemain sayap lincah, Vinicius Junior dan Rodrygo selain Brahim Diaz

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram