Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Sayap muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menampilkan aksi cemerlang dalam pertembungan antara JDT dan Kedah Darul Aman, malam semalam.

Advertisements

Beliau berjaya mencatat satu jaringan dan satu bantuan jaringan ketika membantu JDT membenam skuad Sang Kenari dengan keputusan 6-0.

Arif Aiman Hanapi membuktikan kemampuan sebenar apabila tenang mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kedah. Intensiti latihan serta taktikal yang diterapkan Harimau Selatan semestinya menyumbang kepada peningkatan prestasi semasa pemain berusia 20 tahun ini.

Advertisements

Gandingan pertahanan yang diketuai import Kedah, Bojan Ciger bersama Rodney Kelvin dan Akmal Zahir tidak mampu menyekat kemaraan Arif. Kemasukan pertahanan kiri Kedah, Azrin Afiq pada babak kedua permainan turut gagal menghalang gerakan serta larian-larian bertenaga Arif.

Jika diteliti aksi semalam, Arif turut berjaya melepasi kawalan tengah pasukan Kedah. Gandingan Manuel Ott dan Amirbek di bahagian tengah padang tidak cukup untuk menghalang Arif meloloskan diri ke kawasan kotak penalti Kedah.

Advertisements

Jaringan kedua JDT menerusi Feroz Baharudin terhasil daripada hantaran lintang cantik Arif Aiman. Hantaran tersebut memastikan lima bantuan jaringan berjaya dicatat Arif setakat lapan penampilan musim ini sekaligus menjadikan beliau pemain paling banyak mencatat assist ketika ini.

Pemain paling bernilai (MVP), Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 ini turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-75 permainan. Gelecekan Arif telah memudahkan tugas Syahmi Safari untuk melakukan hantaran pendek sebelum Arif menewaskan penjaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz

Dalam pada itu, pengendali JDT, Esteban Solari mengakui bahawa intensiti latihan di JDT membantu dalam meningkatkan prestasi para pemain. Ketika beliau ditanya mengenai potensi pemainnya untuk meledak, beliau menjelaskan bahawa setiap posisi di JDT mampu menyumbang kepada jaringan.

“Kita mahu pemain-pemain JDT ini berada pada satu tahap terbaik. Seperti yang anda tahu, intensiti latihan kami banyak mendorong mereka untuk memberi sesuatu yang lebih ketika beraksi,” ujar Esteban ketika sidang media pasca perlawanan.

Setakat ini, Arif telah mencatat lima jaringan dalam saingan Liga Super. Beliau menjadi pemain tempatan paling banyak meledak, mengekori rapat rekod rakan sepasukannya di JDT, Fernando Forestieri yang mencatat tujuh jaringan.

Khidmat graduan Akademi JDT ini semestinya akan terus dipertaruhkan JDT untuk aksi mendatang.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram