Advertising
Rekod 5 Aksi Terakhir JDT & Buriram United Beri Gambaran Awal
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap dapat meneruskan rekod tanpa kalah mereka di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjelang aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Buriram United.

Ini kerana dalam lima aksi terakhir JDT, pasukan itu merekodkan empat kemenangan dan satu keputusan seri.

Ad

Keputusan seri itu dilakar dalam aksi pertama pusingan 16 ACLE di Stadium Buriram pada 4 Mac lalu.

Ad

Empat kemenangan yang dilakar JDT termasuk dua kemenangan ke atas Central Coast Mariners (CCM) dan Pohang Steelers dalam saingan ACLE.

Tempoh sama turut menyaksikan Harimau Selatan menjaringkan 11 gol dan hanya dibolosi empat kali. JDT juga tidak dibolosi sebanyak tiga kali dalam lima aksi terakhir mereka.

Ad

Lima aksi terakhir Buriram pula menyaksikan pasukan itu merekodkan keputusan seri sebanyak tiga kali dan menang sebanyak dua kali.

Ad

Selain diikat JDT, Buriram turut merekodkan keputusan seri dengan Gwangju FC dan Uthai Thani. Dua kemenangan diraih anak buah Osmar Loss Vieira bila bertemu BG Pathum United dan Muangthong United.

Ad

Tempoh tersebut turut menyaksikan Buriram hanya menjaringkan lapan gol dan dibolosi empat kali. Dua aksi terakhir mereka ketika menentang JDT dan Uthai Thani menyaksikan mereka gagal menjaringkan sebarang gol.

Situasi ini dijangka memberi kelebihan kepada Harimau Selatan apabila bertemu dengan Thunder Castle pada 11 Mac. Pemenang bakal mara ke peringkat suku akhir ACLE.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments