Malaysia berdepan satu lagi tugas yang cukup mendebarkan apabila perlu memadam episod duka berdepan China.
Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berdepan dua tugas berat apabila menerima tentangan Syria dan China dalam aksi persahabatan FIFA September.
Harimau Malaya bagaimanapun berjaya mencipta kejutan untuk mengikat Syria dengan keputusan 2-2.
Rekod tersebut membawa kepada kemenangan pertama berdepan wakil Asia Barat selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2014.
Kali ini, tugas berbeza menanti skuad kebangsaan apabila perlu memadam rekod kurang baik menentang China.
Dalam 5 Aksi terakhir, Malaysia hanya mampu mencatatkan satu seri dan 4 kekalahan dalam pelbagai pertandingan menentang negara tembok besar itu.
Kali terakhir Malaysia menentang China adalah pada tahun 2013 namun merekodkan kekalahan 0-2 di tempat lawan.
Sebelum itu, Harimau Malaya seri 0-0 di Shah Alam dengan rekod kurang baik dicatatkan pada Piala Asia 2007 apabila tewas 1-5 di Kuala Lumpur.
Malaysia juga pernah ditewaskan ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2004 dengan agregat 5-0 suatu masa dahulu.
Menurut analisis bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, moral pasukan kini pada tahap terbaik namun persembahan individu bakal memainkan peranan penting di Chengdu.
Malaysia akan berdepan China di Chengdu pada 9 September 2023 dalam misi merebut tambahan +6.94 mata FIFA untuk melonjakkan kedudukan Harimau Malaya ke kelompok 120 terbaik dunia.