Rekod Kawasaki Frontale Di Tempat Lawan Cukup Merisaukan
MakanBola
AFC
Sponsors

Prestasi pasukan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale di tempat lawan agak merisaukan terutamanya buat penyokong pasukan tersebut.

Sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL) bakal berlangsung tidak lama lagi dengan aksi pembukaan pada 19 September 2023 bakal menemukan wakil Malaysia, JDT dan Kawasaki Frontale.

Ad

Prestasi kurang memberangsangkan anak didik Toru Oniki dalam saingan domestik memberi sedikit kelegaan tatkala mereka kini menghuni tangga ke-9 J1 League.

Ad

Pada musim ini, Kawasaki Frontale sudah merekodkan 11 kekalahan dan bolos 36 gol dalam hanya 26 aksi liga sekaligus mencetuskan pelbagai kebimbingan.

Malah, kehadiran bekas penjaring terbanyak ACL 18/19, Bafetimbi Gomis yang masih belum membuat kemunculan juga menjadi tanda tanya.

Ad

Rekod Kawasaki Frontale di tempat lawan dilihat tidak begitu baik terutamanya dalam 5 aksi terakhir.

Ad

Kawasaki Frontale mencatatkan hanya satu kemenangan, satu seri dan 3 kekalahan dalam 5 aksi terakhir liga di tempat lawan.

Ad

Mereka juga bolos 10 gol dan hanya menjaringkan 5 gol yang menjejaskan prestasi pasukan.

Pasukan gergasi Jepun itu hanya memiliki satu aksi terakhir liga berdepan FC Tokyo pada 15 September 2023 sebelum berlepas ke Johor Bharu bagi menghadapi JDT.

Aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu bakal berlangsung pada 19 September 2023 pada jam 8 malam.