Rekod Kecederaan Teruk Pertahanan Baru Perak Menggusarkan
Liga Super
Muangthong United
Advertisements

Semalam Perak FC mengumumkan perpindahan bek tengah Filipina berdarah Sweden, Jesper Nyholm. Tetapi kecederaan teruk yang pernah dialaminya satu ketika dahulu bisa menggusarkan penyokong Seladang.

Semasa beraksi bersama AIK, Nyholm mengalami kecederaan patah tulang tibia dan fibula sekitar Mac 2018. Akibatnya, bekas bek tengah Muangthong United itu tersisih selama 845 hari.

Disebabkan kecederaan serius itu, Nyholm hanya dapat membuat 34 penampilan bersama AIK sebelum dilepaskan pada Januari 2020. Setelah enam bulan bergelar ejen bebas, barulah dia menyertai Djurgaden pada musim panas tahun yang sama.

Advertisements

Dan sebelum dilepaskan Muangthong United, Nyholm dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak dinyatakan dan tersisih selama 57 hari ini.

Ini sesuatu yang perlu dipandang serius bukan saja barisan kejurulatihan tetapi juga pasukan perubatan Perak FC. Mereka bukan saja memastikan Nyholm kekal cergas bagi mengharungi baki saingan Liga Super.

Tetapi ini juga bakal menjustifikasikan keputusan sama ada membawa bek tengah Filipina itu berbaloi atau tidak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram