Transfer
Renan Alves
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Renan Alves memberikan maklum balas mengenai gosip kembali ke bekas pasukannya itu.

Renan yang merupakan pemain kelab Barito Putera di Indonesia ketika ini sedang bercuti di negaranya, Brazil selepas Liga 1 Indonesia melabuhkan tirainya bulan Mac yang lalu.

Selepas menerima banyak mesej dari para penyokong Kedah yang mengharapkan beliau kembali, Renan mengharagai segala ingatan buat diri beliau namun beliau menekankan bahawa ini merupakan masa untuk para penyokong memberikan sokongan yang kuat buat pasukan.

Advertisements

Renan juga yakin masalah prestasi pasukan Kedah akan dapat diselesaikan juga dan beliau sentiasa akan memberikan sokongan kepada Kedah bersama-sama dengan penyokong yang lain.

“Terima kasih kepada penyokong Kedah yang sentiasa mengingati saya dengan menghantar kiriman mesej. Namun sekarang adalah masanya untuk menyokong pasukan. Beri mereka kekuatan. Saya pasti semuanya akan selesai. Saya sentiasa berada bersama-sama penyokong,” luah Renan di Instagram beliau.

Renan Alves yang kini beraksi untuk Barito Putera dikhabarkan menjadi rebutan kelab-kelab di Indonesia selepas mempamerkan aksi berkualiti di Liga Indonesia.

Advertisements

Beliau juga diangkat sebagai wira pasukan selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukannya dan lebih manis lagi beliau merupakan tonggak utama pasukan yang menyelamatkan pasukannya dari turun liga.

Renan Alves story Renan Alves Jawab Desas Desus Kembali Semula Ke Kedah
Instagram story dari Renan Alves

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram